1. Dalam setiap kali perlumbaan seorang pelumba rata-rata kehilangan berat badan sebanyak 2 Kg. Jumlah ini boleh menjadi lebih jika perlumbaan berlangsung pada litar yang panas seperti Sepang, atau Bahrain.
2. Jumlah berat seluruh peralatan yang harus dibawa setiap pasukan F1 setiap kali perlumbaan sebanyak 28 tan. Terdiri daripada spare parts, tools, peralatan pit-stop termasuk alat ganti simpanan. Ada sekitar 10.000 spare-part dan 1500 kertas dan simpanan pembungkus dengan logo team.
3. Terdapat 100 radio komunikasi antara anggota pasukan serta pelumbanya sepanjang perlumbaan berlangsung (khamis-ahad). Alat komunikasi lain yang dibawa antara lain 16 CPU dan lebih kurang 30 notebook/laptop.
4. Jarak brek yang diperlukan kereta-kereta F1 dari kelajuan 200km/jam sehingga berhenti sempurna adalah 55 meter. Ditempuh dalam 2 saat, menghasilkan G-force sampai 5,6G. Itu bermakna tubuh pelumba (terutama leher) harus menahan dorongan ke depan hingga 5,6 kali berat badannya sendiri. Buat perbandingan, kereta penumpang standard perlu jarak 120 meter untuk membrek dari 200km/jam sampai berhenti,dalam 4.1 saat.
5. Suhu di dalam eksoz kereta lumba F1 mencapai 950 darjah Celcius. Ketika melakukan brek,suhu disc brek kereta F1 boleh mencapai lebih dari 1000 darjah Celcius. Sedangkan suhu rata-rata dalam kokpit selama lumba adalah 55 darjah Celcius.
6. Pelumba F1 memantau tidak kurang dari 15 fungsi penting dari lampu-lampu serta LCD monitor di steering wheel kereta F1. Posisi gear, putaran mesin, kelajuan, campuran bahan bakar, dan lain-lain. Di stereng juga ada butang radio komunikasi, tombol pam air minum, serta pengatur komputer mesin.Dibelakang stereng ada pedal atau tuas untuk memindahkan gear.
7. Jumlah pusingan yang harus ditempuh oleh pelumba F1 sepanjang musim perlumbaan adalah 1124 putaran/lap. Terdiri dari 17 siri lumba di 18 negara seluruh dunia.
8. Sepanjang minggu perlumbaan setiap pasukan menghabiskan sekitar 1200 liter bahan bakar. Ditambah 70 liter machine oil dan 30 liter gearbox oil. Sebuah kereta lumba F1 memerlukan 70 liter bahan bakar untuk menempuh jarak 100 km.
9. Khusus di litar Monaco, seorang pelumba melakukan 3100 kali pertukaran gear sepanjang perlumbaan. Di litar lain pelumba “hanya” melakukan rata-rata 2500 kali pertukaran gear.
10. Jumlah air dan minuman ringan yang diambil oleh sebuah pasukan sepanjang hari perlumbaan adalah 3300 liter. Sepanjang perlumbaan di litar bersuhu panas seperti sepang, pelumba akan kehilangan cairan tubuh (dehidrasi) sehingga 2,5 liter.
No comments:
Post a Comment