Wednesday, 18 May 2011

Maksud Di Sebalik Logo Jenama Kereta Terkenal

ALFA ROMEO
Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.

BMW
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahawa BMW membuat enjin pesawat tempur ketika Perang Dunia 2.

FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.

LAMBORGHINI
Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.

LOTUS
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman.

MASERATI
Ternyata lambang trisula disini bukan lambang syaitan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.

MERCEDES-BENZ
Lambang bintang berlengan tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.

AUDI
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksuddari 4 syarikat besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas syarikat ini), ertinya juga mendengar. Maka dari itu, agar lebih umum, nama Audi lah yang dipakai.

PORSCHE
Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang syarikat Porsche.

SAAB
Kepala Griffen (makhluk mitos campuran singa dan helang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.

RENAULT
Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.

SUBARU
Erti 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugusan bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.

MITSUBISHI
3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas syarikat ini pada waktu awal didirikan.

VOLVO
Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Sweden.

YAMAHA
Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.

No comments:

Post a Comment